tabung

Friday 26 October 2012

Buat Duit Dengan Blog (Apa itu Blog)didedahkan 1

Definisi blog
blog ialah jurnal maya yang kerap dikemas kini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan.Blog menyediakan ruang kepada pembaca memberi respons segera tanpa sebarang bentuk tapisan.Blog berbentuk tidak formal dan di tulis dengan gaya tersendiri bergantung pada penulisnya berbanding format penulisnya berbanding format penulisan media-media lain.

Jenis-jenis blog
Blog peribadi
blog peribadi menceritakan pandangan peribadi kita kepada umum,berinteraksi dan menerima pendapat daripada pembaca.

Blog Fotografi
Blog dijadikan sebagai medium meletakkan gambar bagi menarik pelanggan melayarinya.Gambar yang diambil sendiri bagi tontonan umum disiarkan dalam blog dan pelayar bebas memberi pendapat berkenaan gambar itu.Blog yang dikemas kini dengan koleksi gambar-gambar terbaru menaikkan nilai blog dalam pasaran komersial.

Blog Isu Semasa
Informasi terkini penting apabila menulis artikel.kita perlu melanggan akhbar dan mengikuti perkembangan semasa apabila menulis artikel.Menghasilkan blog berkaitan isu semasa mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada pembaca blog.Ini kerana,penulis yang peka pada isu semasa dapat menjelaskan sesuatu isu itu dengan lebih mendalam dalam ayat mereka sendiri penulis.Pembaca juga dapat berinteraksi dan memberi pendapat melalui ruangan komen yang di sediakan.

Blog Panduan dan Sumber
Blog panduan dan sumber disediakan oleh penulis bagi berkongsi perisian dan program komputer yang berguna dan percuma.Bagi yang pakar dalam kaedah teknikal,kita boleh tunjukkan cara menggunakan perisian atau program melalui paparan  video.Rakaman video boleh dimuatnaik ke laman web video seperti youtube,kemudian ia dimasukkan ke dalam blog dengan menyalin semula kod HTML yang diberikan oleh Youtube kepada pengguna.

Memilih Rekaan dan Susun Atur Blog
Blog yang menarik mempunyai pilihan warna yang memberi keselesaan kepada pembaca.Susun atur blog begitu penting kerana ia memudahkan pembaca mencari informasi.Paparan dan susun atur blog boleh menggunakan templat yang sudah disediakan ataupun diubahsuai menggunakan kod HTML.Pelbagai laman web yang menawarkan templat secara percuma antaranya melalui forum cyber seperti http://www.wangcyber.com .Kita mempunyai pilihan templat daripada pereka-pereka yang berkumpul dalam ruangan forum itu.

Blog Bukan Himpunan Artikel atau Akhbar Online
Penyiarberita tradisional kini menjadikan internet sebagai medium bagi menyampaikan berita mutakhir.Maklum balas pembaca pada berita yang disiarkan dapat diperoleh dengan pantas dan segera.apabila blog semakin popular,muncul kumpulan penulis blog atau blogger yang berfungsi sebagai wartawan,Semakin ramai blogger menjadi penulis blog profesional berkenaan isu yang mereka tulis.Dalam tempoh beberapa tahun,tidak timbul lagi perbezaan antara media tradisional dan media internet.


Saya memberi keizinan kepada rakan bloger saya untuk memcopy paste dan sebar-sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.untuk menjadi seorang bloger tegar,ikuti penulisan saya dari masa ke semasa.

suka dengan entri saya lihat sini info TRAFIK: http://www.asiacube.com/?ref=358

IKUTI SAMBUNGAN YANG LAIN DI Buat Duit Dengan Blog (Apa itu Blog)didedahkan 2

No comments:

Post a Comment