tabung

Thursday 22 March 2012

Laman temu jodoh saring pesalah seks

LOS ANGELES: Syarikat penemu jodoh dalam talian utama, Match.com, dan operator laman sesawang ChristianMingle serta JDate, bersetuju untuk menyemak pelanggan masing-masing bagi mengesan pesalah seks serta menyaring pemangsa, kata pendakwa raya California, semalam.
Dasar baru itu turut digunakan untuk menyaring penipu - juga menyertakan beberapa langkah keselamatan tambahan bagi memudahkan sebarang penyalahgunaan dilaporkan segera.

Menurut syarikat terbabit, mereka mula mengambil langkah seumpama itu bagi melindungi pelanggan masing-masing sebelum ia diumumkan semalam.
Pendakwa Raya California, Kamala Harris, mencapai persetujuan dengan syarikat berkenaan selepas penubuhan Unit eCrime tahun lalu.

Unit itu digunakan untuk mendakwa pencuri identiti, penceroboh data dan sebarang jenayah membabitkan penggunaan teknologi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spark Networks, Greg Liberman, berkata keselamatan ahli dan integriti laman sesawang menjadi keutamaan kepada mereka.

Inspired by how Mother Nature does things naturally, Honda created a range of hybrid cars to give something back to nature. Whether you are naturally progressive, naturally intelligent or downright naturally awesome, there’s a Honda Hybrid for all of you!
KERETA TERHEBAT TENGOK SINI:http://fairoscni.says.com/recommendations/honda-insight-hybrid-car



“Kami sentiasa mengambil pendekatan yang pelbagai bagi mengekalkan keselamatan komuniti dalam talian seperti JDate dan ChristianMingle,” katanya.

CEO eHarmony, Jeremy Verba, berkata syarikatnya melaksanakan langkah itu dalam sebahagian daripada perjanjian perniagaannya sejak “bertahun-tahun lalu.” “Kami mahu menunjukkan contoh kepada syarikat lain dalam industri ini,” katanya. 

No comments:

Post a Comment