DAFTAR FREE,DAPAT DUIT FREE.IKLANKAN DAN SHARE SAHAJA DI WALL FB ATAU TWITER
DAFTAR SINI:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/churpchurp-invite
DAFTAR SINI:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/churpchurp-invite
Suka travel ushar ini;http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/BeautyAvenue
Gajah mati meninggalkan tulang,
Manusia mati meninggalkan jasa,
Jika hendak dikenang orang,
Banyak berfikir banyak berusaha.
“Mereka ini ada yang buta huruf,ada yang hanya bersekolah setakat darjah 6,ada yang janda atau ibu tunggal.Perniagaan yang mereka jalankan pula adalah daripada perniagaan yang tidak ada “class”.
Pada awal Jun 2004,akhbar Utusan Malaysia menyiarkan dimuka hadapan,kenyataan Tabung Haji,bahawa terdapat 30 orang yang menyimpan lebih RM 10 juta setiap seorang di Tabung Haji.Pada masa yang sama,terdapat lebih 500 orang yang mempunyai deposit lebih dari RM 1 juta setiap seorang.Kenyataan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi hangat yang spontan daripada kalangan pembaca.Saya sendiri berpeluang melihat riak muka serta mendengar kenyataan yang keluar dari mulut orang ramai yang berlonggok di restoran atau warung-warung kopi.Antara yang terdengar ke telinga saya ialah........
“Wow......banyaknya jutawan kat Malaysia sekarang...tapi siapa dia orang-orang ni ha?”getus seorang pembaca.
“Kalau simpan kat Tabung Haji...dah tentulah Melayu...atau orang Islam...”kawannya buat spekulasi.
“yalah,tapi bukanlah Melayu sebarangan.Dah tentulah mereka tu semua ahli korporat.....ada syarikat besar....bolehlah simpan duit juta-juta,”terdengar suara lain yang cuba membuat rumusan.
“Yang simpan RM 10 juta seorang tu bolehla jadi ahli korporat......yang simpan RM 1 juta,takkan semuanya ahli korporat?satu suara lagi cuba menyanggah pendapat kawan sebelumnya.
“Berapa tahun kumpul duit untuk kumpul RM 1 juta ha?Hmmm.....Kalaulah aku ada duit sebanyak itu....jutawanlah aku,”seorang pemuda dalam kelompok itu bersuara.
Mereka terus berbual dan saling berbalas pendapat.Tegasnya,isu jutawan kini telah sampai ke “level” warung kopi.
Golongan bawahan turut berminat bercakap hal jutawan sekarang.yalah semenjak peneroka Felda pun sudah digembar-gemburkan akan menjadi jutawan segera.Begitulah antara ulasan-ulasan dikedai kopi yang saya dengar.Saya tidak berani mencelah....takut tersalah cakap.
Lagipun,biarlah mereka terus di buai pertanyaan-pertanyaan yang mereka sendiri sukar bertemu jawapannya.Kerana jawapan kepada pertanyaan mereka tidak mungkin terjawab dikedai kopi....atau terlerai dengan sembang-sembang dan perbualan kosong.Besok atu lusa apabila isu jutawan ini reda......mereka akan lupa dan akan timbul isu hangat yang lain pula.
Hakikatnya,Tabung Haji bukanlah satu-satunya institusi kewangan yang mempunyai ramai pendeposit jutawan.Ada pelbagai institusi kewangan seperti bank,syarikat kewangan,insurans,dan tabung amanah yang mempunyai pendeposit jutawan.Kalau dijumlahkan terdapat berbelas ribu atau berpuluh ribu jutawan di Malaysia sekarang ini.Itulah antara petunjuk kemakmuran negara sekarang.
Bukan sahaja rakyat Malaysia,bahkan pendatang asing pun jikalau kreatif dan rajin berusaha boleh jadi jutawan di Malaysia.
Ya!senyap-senyap mereka menjadi jutawan.”SURE TIDAK HEBOH”.Kita warganegara asal,kuat “Heboh tapi Hapah pun tak ada.”Gembar-gembur yang lebih,jutawan tak jadi.Kita ingin menjadi jutawan segera.
-jutawan bukan melalui usaha,tetapi berharap mendapat durian runtuh.Berdoa tanah di tempuh lebuh raya dengan harapan mendapat pampasan berjuta-juta ringgit.Kalau kita berpeluang melihat senarai pendeposit yang mencapai angka juta di institusi kewangan.kita akan terpegun seperti tidak percaya betapa ramainya jutawan di Malaysia.Bila ditanya siapakah mereka?Tiada siapa yang boleh memberitahu kita.Lebih-lebih lagi institusi kewangan berkenaan sememangnya di tegah daripada mendedahkan nama-nama pendeposit mereka kepada sesiapapun ( kecuali kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri) kerana mereka tertakluk di bawah Akta Kerahsian Bank.Sebenarnya ,sebagai seorang bekas pegawai bank yang pernah bertugas di tiga buah bank perdagangan terkemuka di Malaysia,saya telah mermerhatikan dengan penuh minat dan membuat kajian sendiri secara tidak formal ke atas pendeposit- pendeposit jutawan ini sejak tahun 1982 lagi.Saya mengelarkan mereka ini JUTAWAN SENYAP ( SILENT MILIONAIRE ).
Saya katakan begitu kerana mereka ini tidak “glamour”,tidak terkenal dan tidak mempunyai gaya dan pembawaan diri atau “personaliti” seorang jutawan sebagaimana yang kita semua bayangkan.Meraka ini ada yang buta huruf,ada yang hanya bersekolah setakat darjah enam,ada yang janda atau ibu tunggal.Perniagaan yang mereka jalankan pula adalah dari jenis perniagaan yang tidak ada “class”.Sungguh,saya sendiri memang tidak menduga yang perniagaan sedemikian boleh menjadikan pengusahanya seorang JUTAWAN.Rata-rata mereka ini suka merendah diri.Mereka sebenarnya,tidak menyangka akan menjadi jutawan kerana mereka tidak kisah tentang itu.Apa yang mustahak bagi mereka ialah menjalankan perniagaan mereka dengan betul,tekun,konsisten dan bersungguh-sungguh.
Apa yang menarik hati saya ialahkehidupan mereka.Saya amat kagum melihat kemampuan mereka.Jelas sekali mereka mampu memiliki apa yang dimiliki oleh seorang ahli korporat atau wakil rakyat.Rumah,kereta mewah,tanah,melancong ke luar negara dan lain-lain,semuanya dapat dinikmati oleh seorang jutawan.Cuma yang mereka tiada ialah glamour,kuasa dan gelaran.
Ramai antara mereka akhirnya menjadi rakan-rakan saya walaupun setelah saya meletakkan jawatan di bank.
Saya menyelami aspirasi,motivasi dan prinsip perjuangan mereka.Orang-orang seperti Ah Hong dan Diyono Santoso adalah pelanggan bank yang kisahnya akan saya ceritakan dalam blog ini.
No comments:
Post a Comment