German quality has arrived. You in?
The people's car. Are you in love with Volkswagen?As the new sleek Volkswagen Polo Sedan ride is out with a price tag too good to be true, showcase your fan side through this photo montage that takes up the shape of a Volkswagen Polo Sedan and declare yourself a true fan of Volkswagen and fine German engineering.
jom tengok kereta dulu:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/VWPoloMontage
CHERAS: Siang tempat beriadah dan bersantai, malam pula tempat memadu
kasih dan melakukan maksiat golongan lelaki lembut. Begitu suasana di
kawasan letak kereta Taman Tasik Permaisuri, dekat sini, yang menjadi
tumpuan anak muda menghabiskan waktu senggang mereka pada hujung minggu.
Amat menjijikkan apabila pemandangan diselitkan adegan menyakitkan
mata gelagat lelaki sejati bertukar ‘lembut’ apabila disapa kaum
sejenis yang dipercayai cuba ‘melanggan’ mereka.
Tinjauan Metroplus baru-baru ini, mendapati rata-rata mereka adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang seronok menghabiskan masa hujung minggu untuk melepak di situ.
Hampir tiga jam melakukan pemerhatian, mereka semakin galak
melakukan aksi termasuk berteriak bagi menarik perhatian orang ramai
yang datang ke kawasan berkenaan.
Walaupun malam semakin larut, keadaan semakin ‘hangat’ apabila beberapa kenderaan satu demi satu masuk ke tasik dipercayai mencari ‘port’ terpencil dan sunyi jauh daripada pandangan umum.
Berbeza pula pada waktu siang, kawasan berkenaan sunyi dan dipenuhi deretan kereta yang diparkir pengunjung.
Pekerja tasik berkenaan, V Chitra, 49, berkata, banyak masalah
timbul apabila remaja melepak di situ paling ketara keadaan persekitaran
yang kotor selain aktiviti menghidu gam dan menghisap dadah, botol
kosong dipercayai botol arak juga bertaburan.
“Selalunya remaja terbabit mula aktif apabila malam semakin lewat antara jam 11 malam hingga 3 pagi. Saya sempat melihat kelibat mereka pada jam 8 malam dan ketika itu mereka datang sekadar melepak dan berbual kosong.
“Namun, lebih mengecewakan mereka mengotorkan kawasan sekitar
terutama pondok kecil di situ. Seharusnya ia digunakan sebagai tempat
kawalan, tetapi disebabkan terbiar ramai yang menyalahgunakan pondok
berkenaan sehingga rosak dan kotor,” katanya. Pekerja pembersih
tandas, R Selvarani, 40, berkata, pemantauan daripada pihak berkuasa
sering dilakukan di situ, tetapi remaja terbabit melarikan diri apabila
melihat kelibat motosikal polis meronda.
“Mereka terlalu licik dan cepat menyedari kehadiran pihak berkuasa, tetapi selepas itu mereka datang kembali dan meneruskan aktiviti masing-masing.
“Kami tiada masalah untuk sesiapa saja datang beriadah atau melepak, tetapi biar aktiviti yang dilakukan berfaedah dan tidak mendatangkan mudarat kepada orang lain,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr Ismail Stapa, ketika dihubungi berkata, perkara itu sudah lama berlaku, namun pemantauan berterusan tetap dilakukan pihaknya.