tabung

Tuesday 10 April 2012

Kilang membuat komponen elektronik musnah dalam kebakaran

IPOH: Sebuah kilang membuat komponen peralatan elektronik di Taman Perindustrian Silibin di sini, musnah dalam satu kebakaran tengah hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh P.Samasuvan berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang menyedari kejadian itu kira-kira pukul 1 tengah hari.

Katanya seramai 33 anggota bomba termasuk pegawai dengan empat jentera dari balai Bomba Ipoh, Simpang Pulai dan Pengkalan bergegas ke tempat kejadian.

"Tiba di tempat kejadian, api marak dan kebakaran itu mengakibatkan 80 peratus daripada keseluruhan kilang dua tingkat itu musnah. Bomba dengan bantuan sukarela berjaya mengawal api daripada merebak ke kilang berhampiran kira-kira pukul 1.45 petang," katanya kepada pemberita hari ini.


Beliau berkata kebakaran bermula dari bahagian tengah tingkat bawah kilang itu sebelum merebak ke bahagian lain.
Kita mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengawal kebakaran sepenuhnya, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan kerana ketika kejadian semua pekerja keluar makan tengah hari," katanya.

Samasuvan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian.

Who are you betting on for Axiata Cup?

Get on The Cube and subscribe to Who Will Win for exclusive Axiata Cup downloads on your phone! You might even pick up some cool prizes like a brand new Nissan Livina X-Gear! HURRY before it ends on 1 May 2012!

Participate in badminton knowledge test by SMS, MMS or download any Call Me Tunes from The Cube store. Click here to find out more.
info sini:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/CelcomAxiata






























No comments:

Post a Comment