tabung

Thursday, 23 August 2012

Buat duit dengan Blog,Rahsia menjana wang cara mudah

Penulisan saya,buat duit dengan blog saya dedikasikan kepada;
kedua ibubapa saya Mohd Tajri bin Che Din dan Halimaton Binti Zainal serta seluruh keluarga atas kasih sayang yang diberi.
insan tersayang,Suhana binti Mumamad yang menjadi sumber inspirasi.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan bloger yang memberi sokongan.
PENGENALAN
Apa itu blog,perkara asas dalam blog,membina blog dan blog Lawan Laman Web.

Definisi blog
Blog ialah jurnal maya yang kerap dikemaskini dan disebarkan bagi bacaan umum sebaik sahaja ia disiarkan.Blog menyediakan ruang kepada pembaca memberi respons segera tanpa sebarang bentuk tapisan.Blog berbentuk tidak formal dan ditulis dengan gaya tersendiri bergantung pada penulisnya berbanding format penulisan media-media lain.

Jenis-Jenis blog
Blog peribadi
blog peribadi menceritakan pandangan peribadi kita kepada umum,berinteraksi dan menerima pendapat daripada para  pembaca .

BLOG FOTOGRAFI
Blog dijadikan sebagai medium meletakkan gambar bagi menarik pelanggan melayarinya.Gambar yang diambil sendiri bagi tontonan umum disiarkan dalam blog dan pelayar bebas memberi pendapat berkenaan gambar itu.blog yang dikemaskini dengan koleksi gambar-gambar terbaru menaikkan nilai blog dalam pasaran komersial.

BLOG ISU SEMASA
Informasi terkini penting apabila menulis artikel.kita perlu melanggan akhbar dan mengikuti perkembangan semasa apabila menulis artikel.Menghasilkan blog berkaitan isu semasa mempunyai daya tarikan yang tinggi kepada pembaca blog.ini kerana,penulis yang peka isu semasa dapat menjelaskan sesuatu isu itu dengan lebih mendalam dalam ayat mereka sendiri( penulis).pembaca juga dapat berinteraksi dan memberi pendapat melalui ruangan komen yang disediakan.

BLOG PANDUAN DAN SUMBER
Blog panduan dan sumber disediakan oleh penulis bagi berkongsi perisian dan program  komputer yang berguna dan percuma.bagi yang pakar dalam kaedah teknikal,kita boleh tunjukkan cara menggunakan perisian atau program melalui paparan video.rakaman video boleh dimuatnaik ke laman web video seperti youtube,kemudian ia dimasukkan  ke dalam blog dengan menyalin semula kod HTML yang diberikan oleh Youtube kepada pengguna.

MEMILIH REKAAN DAN SUSUN ATUR BLOG
Blog yang menarik mempunyai pilihan warna yang memberi keselesaan kepada pembaca.susun atur blog begitu penting kerana ia memudahkan pembaca mencari informasi paparan dan susun atur blog boleh menggunakan templat yang sudah disediakan ataupun diubahsuai menggunakan kod html.pelbagai laman web yang menawarkan templat secara percuma antaranya melalui forum cyber seperti http://www.wangcyber.com 
.kita mempunyai pilhan templat daripada pereka-pereka yang berkumpul dalam ruangan forum itu.

BLOG BUKAN HIMPUNAN ARTIKEL ATAU AKHBAR ONLINE
Penyiar berita tradisional kini menjadikan internet sebagai medium bagi menyampaikan berita mutakhir.maklum balas pembaca pada berita yang disiarkan dapat diperoleh dengan pantas dan segera.apabila blog semakin popular,muncul kumpulan penulis blog atau blogger yang berfungsi sebagai wartawan.semakin ramai blogger menjadi penulis blog profesional berkenaan isu yang mereka tulis.dalam tempoh beberapa tahun,tidak timbul lagi perbezaan antara media tradisional dan media internet.blog tun dr mahathir mencecah jumlah pengunjung yang ramai dalam masa hanya setahun.

sumber credit melalui:
sini:http://www.strategiblog.com

u/p:saya Ahmad Fairos telah membeli sebuah buku karya Yazid Yahya dan ingin berkongsi maklumat berguna untuk semua para pembaca bloggers semua.Sekiranya ada salah dan silap,maafkan saya.saya boleh dihubungi melalui emel:suhana_yusz@yahoo.com

Y U NO CHURP?

There's nothing that adds a sprinkle of magic to social media like Churp Churp does! At Churp Churp, you'll always get the freshest news to hit the Internet, and earn from sharing great stuff with your friends too. Did we mention that even your favourite local celebrities are Churping too?

Tell your friends what they're missing out on, and get them on board! If they have at least 50 friends on their social media platforms, all they have to do is click on your invite link to learn more, sign up and start sharing campaigns to earn rewards.

So what's the fuss about Churp Churp? Find out for yourself now!

 


No comments:

Post a Comment