tabung

Wednesday 9 May 2012

Nicky Astria kembali

Ingat lagi dengan lagu Mengapa yang sangat popular pada awal tahun 90-an dulu? Sehingga sekarang lagu itu masih diputarkan di radio malah antara lagu yang sering menjadi pilihan bagi yang gemar berkaraoke.
Penyanyinya Nicky Astria sudah lama menyepi. Lagu-lagu barunya juga sudah tak ada lagi. Tapi tahun 2012 ini Nicky kembali merakam album. Penyanyi berusia 45 tahun itu masih diterima. Lagu barunya berjudul I Love You Babe.
Kalau Mengapa dicipta oleh komposer Malaysia LY, lagu barunya juga masih mendapatkan khidmat LY. Agaknya Nicky mendambakan sentuhan LY dan syarikat rakamannya di Indonesia juga mahu gunakan kreativiti komposer Malaysia untuk mengembalikan Nicky.
Lagu itu sudah mendapat tempat di sana. Nampaknya nama LY kembali menghangatkan industri muzik. Untuk labum Nickysahaja dia menciptakan tiga buah lagu. Malah LY juga ditagih oleh syarikat rakaman di Indonesia yang sedang berusaha membawa Hafiz ke sana.
"Kalau ada yang kata Indonesia payah membuka mata untuk menerima orang muzik dari Malaysia... nampaknya dalam kes saya tidak macam tu. Alhamdulillah pihak sana sendiri yang meminta saya menghasilkan lagu untuk Nicky," kata LY.
Bagi LY kemungkinan track recordnya dalam kerja-kerja sebelum ini antara yang mendorong pihak di sana memanggilnya dalam penerbitan album baru Nicky. Apatah lagi lagu Mengapa sangat popular di Malaysia dan Indonesia.
"Saya juga masih berhubung baik dengan orang industri di sana walaupun semasa tak ada kerja dengan mereka. Hubungan itu memudahkan saya diterima di sana," jelas LY kepada Mangga Online.

Make history with The Sparkle Project!

Many people dream of rubbing shoulders with their favourite superstars, but that’s not always achievable. Being a part of your favourite celebrity’s music video could be the next best thing though!

Enter The Sparkle Project. One of our favourite local artistes, Yuna is on a mission to create the world’s first music video created entirely on the Samsung Galaxy Note, and she needs your help. Share your ideas with Yuna, and they’ll spark illustrations and animations which will come to life in the video.

Get inspired now, and who knows; you could be making history with The Sparkle Project!
info sini:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/ProjectSparkle













No comments:

Post a Comment