tabung

Thursday 24 May 2012

Seorang bapa nyaris ‘bunuh’ anak dalam mesin basuh

TRENTON (New Jersey): Pihak berkuasa berkata, kecuaian seorang bapa hampir menyebabkan tragedi apabila dia memasukkan anak lelakinya ke mesin basuh.
Dalam kejadian di bandar Camden 11 Mei lalu, insiden itu dirakam kamera litar tertutup dan menarik perhatian berjuta-juta orang apabila ia dimuat naik di YouTube dan laman sesawang lain.

Melalui rakaman itu, lelaki terbabit dilihat meletakkan anak lelakinya dalam mesin berkenaan ketika bermain sorok-sorok.
Dia kemudian menutup pintu mesin berkenaan, menyebabkan ia terkunci dan hidup secara automatik.

Ibu bapa budak terbabit kelam-kabut cuba menarik pintu mesin basuh itu ketika budak terbabit terus berpusing-pusing di dalamnya.

Mereka kemudian berlari untuk mendapatkan bantuan kakitangan kedai berkenaan.

Tindakan pantas pekerja terbabit mematikan suis mesin itu membolehkan budak berkenaan ditarik keluar dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasangan terbabit kemudian bergegas meninggalkan premis berkenaan.


If you don't know about this yet, find out what's a quick and cost-saving way for you to get to your destination in KL from this video! Try it!
 
Pihak berkuasa berkata, mereka cuba mengenal pasti pasangan berkenaan bagi memastikan budak itu benar-benar selamat.

Walaupun tidak menganggap insiden itu sebagai jenayah, polis merujuk kes berkenaan kepada agensi Bahagian Perkhidmatan Belia dan Keluarga. Sementara itu, pemilik kedai berkenaan berkata, tindakan lelaki terbabit benar-benar mengarut.

“Nasib baik kakitangan kami cepat bertindak dan dapat mematikan mesin itu segera, sekali gus mengelak budak berkenaan cedera atau terbunuh,” katanya.

jom tengok video sini: http://fairoscni.says.com/recommendations/win-prizes-everyday

oh salah video tu kat sini:
u/p: untuk mak bapak di luar sana nak bergurau pun tengok tempat taw:((











1 comment:

  1. Grrr. Teruk betul ayah dia tuuu. Macam takde akal je nak fikir mana baik mana buruk -,-

    ReplyDelete