Soalan:
Saya ingin menjadi seorang" isteri" yang dapat membahagiakan suami dan diredhai Allah.Saya ingin meminta pendapat,bagaimanakah cara terbaik bagi menambat hati suami dalam mewujudkan rumah tangga yang bahagia dan diberkati?Jawapan:
1- Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana dia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.
2-Isteri yang sentiasa menjaga aurat daripada pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri.Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suaminya.
3-Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka.Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.4-Isteri sedia memberikan kesetian,ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah Allah.
5-Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.6-Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya.Begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami.Isteri perlu memohon keizinan suaminya bagi keluar dari rumah ataupun mengerjakan puasa sunat.
7-Isteri perlu bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir.Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.8-Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan.Iseri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.
9-Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang,sama ada menerima nikmat ataupun dugaan daripada Allah.Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.10-Berdiam diri sambil mendengar sewaktu suami bercakap.
No comments:
Post a Comment