tabung

Wednesday, 15 February 2012

Kekasih suami dalam bilik mandi

Isteri Terkejut lihat wanita bertuala menangis lepas polis buka pintu

Hancur luluh hati seorang isteri selepas mengetahui suami yang dicintai membawa wanita lain masuk ke rumah mereka di Damansara Utama,disini,untuk beromen.
Dalam kejadian 2 pagi kelmarin itu,mangsa yang berusia 27 tahun dan baru habis bertugas pulang ke rumah terkedu selepas terjumpa seorang wanita berusia 20-an menyorok di dalam bilik mandi rumahnya dengan bertuala dari paras pinggang ke bawah,tetapi memakai baju.
   Menceritakan kejadian,sumber polis berkata,mangsa yang juga seorang kakitangan kerajaan pulang ke rumah dan terkejut selepas melihat suaminnya yang berusia 30-an berada di ruang tamu dengan hanya bertuala.Katanya,wanita itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena kerana melihat suaminya yang tidak tenteram sebelum mahu membuka pintu bilik mandi."Suami mangsa menghalangnya berbuat demikian dengan menyuruh mangsa tidur dan hanya boleh membuka pintu itu pada waktu pagi.
   "Mangsa berkeras mahu membuka pintu berkenaan,tetapi dihalang suaminya hingga berlaku pertengkaran"katanya.Menurutnya,mangsa mengambil tukul untuk membuka pintu bilik itu,tetapi dihalang suaminya sebelum suami mula  memukul dan menendang isterinya.
Isterinya kemudian SMS kepada kakaknya supaya membantu selain tidak mahu suaminya bertindak lebih ganas.
    Pada jam 3.30 pagi,kakak mangsa tiba bersama anggota polis yang kemudian memujuk suaminya membuka pintu bilik mandi berkenaan."Selepas setengah jam berbincang,suami mangsa berkeras dan tidak mahu membuka pintu itu,namun polis berjaya membukannya.
  "Sebaik di buka,mangsa terkejut selepas melihat seorang wanita dengan hanya memakai tuala dan baju menyorok dalam keadaan menangis".
Mangsa bersama polis membawa wanita itu serta suami mangsa ke Balai Polis Damansara untuk laporan rujukan kepada Mahkamah dan Jabatan Agama Islam untuk tindakan lanjut.




















No comments:

Post a Comment