tabung

Tuesday 7 February 2012

Cara mandi wajib

Apa yang boleh dijelaskan tatacara bagaimana mandi wajib dengan sempurna.Saya bimbang sekirannya saya silap mandi wajib sehingga menyebabkan segala amal ibadah saya menjadi sia-sia.
Jawapan:


Cara mandi wajib yang sempurna ialah bermula dengan membersihkan kemaluan daripada najis,kemudian mengambil wuduk.
Selepas itu,mulakan mandi dengan menjirus kepala terlebih dahulu sambil berniat"Aku mandi wajib kerana Allah Taala".
Kemudian basuh bahagian badan dari atas kebawah dengan tiga kali basuhan.Sewaktu membasuh bahagian kemaluan,perlu duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan-perlipatan tubuh.Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya supaya mandi kita itu sah bagi beribadah.Sekirannya memakai cincin,tanggalkan cincin itu sebelum mandi supaya air sampai dengan rata pada celah-celah jari.






















No comments:

Post a Comment