tabung

Tuesday, 7 February 2012

Membersihkan Karpet Masjid yang terkena Air Kencing

Anak kecil saya yang berumur empat tahun terkencing di dalam masjid dan air kencingnya terkena karpet masjid.Bagaimana cara terbaik bagi membersihkan kawasan terkena najis pada karpet ini?
Jawapan:


Sekirannya karpet itu boleh diangkat,maka wajib diangkat dan dicuci diluar masjid.Kemudian,wajib membilasnya dengan air yang bersih selepas membasuhnya.
Sekirannya sukar mengangkatnya kerana karpet itu digam pada lantai ataupun ada barang-barang yang berat diatasnya,maka dimaafkan daripada mengangkatnya.
Cara mencucinya,tuangkan air diatas tempat terkena najis sehingga rata dikawasan najis itu. Kemudian,keringkan air itu dengan kain yang dilekapkan diatasnya.Ulang sebanyak tiga kali sampai tinggal lembap-lembapnya sahaja.
Apabila Kering,tempat itu dikira bersih dan harus sembahyang ataupun lalu lalang diatasnya.


daftar FREE:http://my.churpchurp.com/fairoscni/share/churpchurp-invite



















No comments:

Post a Comment