tabung

Tuesday 24 January 2012

Cara Mandi Wajib mengikut lunas Islam

Soalan?
Apakah boleh dijelaskan tatacara bagaimana mandi wajib dengan sempurna.Saya bimbang sekiranya saya silap mandi wajib sehingga menyebabkan segala amal ibadah  saya menjadi sia-sia.



Jawapan:
Cara mandi wajib yang sempurna ialah bermula dengan membersihkan kemaluan daripada najis,kemudian mengambil wuduk.Selepas itu,mulakan mandi dengan menjirus kepala terlebih dahulu sambil berniat

     "Aku mandi wajib kerana Allah Taala".
Kemudian basuh bahagian badan dari atas kebawah dengan tiga kali basuhan.Sewaktu membasuh bahagian kemaluan,perlu duduk mencangkung dan digosokkan bahagian dubur dan segala perlipatan-perlipatan tubuh.Semua bulu dan rambut wajib disampaikan air padanya supaya mandi kita itu sah bagi beribadah.



















No comments:

Post a Comment