tabung

Monday, 30 January 2012

Hukum Rotan

Soalan:
Hukuman orang yang berzina adalah sebat sebanyak 100 kali.Bagaimanakah cara sebatan yang sebenar?

jawapan:
Sarjana Islam menetapkan apabila menghukum penzina yang dikenakan huhud 100 sebatan adalah dengan pemukul yang tidak membunuh seperti rotan,kayu,atau seumpamanya.Rotan itu tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang dan tidak halus sehingga boleh melukakan.
Haram memukul kawasan muka dan kemaluan.Ini adalah bagi mengelakkan kecacatan wajah dan kematian.
Pukulan perlu sederhana sahaja,iaitu tidak kuat dan tidak terlalu perlahan.Tujuan hudud ini bukan membunuh,tetapi untuk memberi keinsafan kepada pesalah.Cara Hukum rotan dipenjara sekarang ini adalah haram kerana memukul terlalu kuat sehingga mengoyakkan kulit dan daging.
Pesalah dikenakan hukuman dalam keadaan sempurna berpakaian.Haram menelanjangkan pesalah sebagimana hukuman rotan didalam penjara sekarang ini.Pesalah lelaki dalam keadaan berdiri manakal pesalah wanita dalam keadaan duduk.Pukulan dikenakan atas beberapa tempat pada badan.Haram memukul tempat yang sama.



























No comments:

Post a Comment