tabung

Tuesday, 24 January 2012

Minyak Wangi Tanpa Alkohol.......diperjelaskan dalam Islam

Soalan?
Seorang menyapu minyak wangi tanpa alkohol pada tangan,kemudian mengambil air sembahyang.Apakah solatnya sah sedangkan baunya masih ada pada tangan ?


jawapan:
Sekiranya wangian itu adalah jenis yang tidak menghalang air sampai ke anggota wuduk,wuduknya Sah.Dia tidak perlu membasuh kesan wangian itu dahulu sebelum mengambil wuduk.
       Tetapi sekiranya wangian itu jenis berminyak disapu pada anggota wuduk seperti tangan,maka ia perlu dibersihkan dahulu sebelum mengambil wuduk.

        Sekiranya wangian itu bukan pada bahagian anggota wuduk seperti pada leher,maka tidak mengapa mengambil wuduk tanpa membersihkannya terlebih dahulu.

sumber dipetik dari Buku Anda Bertanya,Ustad Azhar Idrus menjawab berkenaan Permasalahn semasa.



















No comments:

Post a Comment