Soalan:
Bagaimana dengan jasad kanak-kanak yang meninggal dunia yang belum Baligh?
Adakah dia sebagaiman mayat biasa yang akan reput ataupun jasadnya terpelihara?Bagaimana dengan jasad kanak-kanak yang meninggal dunia yang belum Baligh?
Jawapan:
Apa yang disebut oleh sarjana Islam muktabar,kanak-kanak yang mati sebelum baligh tidak terkena fitnah kubur seperti soalan Munkar dan Nakir ,kubur gelap,dan seumpamanya.
Begitu juga di Padang Mahsyar nanti,kanak-kanak tidak mengalami kesusahan sebagaimana orang dewasa.Tidak dapat dikatakan mayat kanak-kanak tidak reput kerana tidak ada sebarang nas yang menyatakan seperti itu seperti mana mayat para nabi dan para syuhada.
No comments:
Post a Comment